Era En.Sahadevan
Pada 14.01. 1955 En.Sahadevan telah mengambil tugas sebagai Guru Besar SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG LANADRON. Pelantikan beliau telah membuka satu era baru dalam sejarah SJK Tamil Ladang Lanadron. En.Mu.Narasimman telah dilantik sebagai guru penolongnya. Pada tahun itu seramai 34 murid telah belajar di sekolah tersebut.
Pada masa itu Sekolah Tamil Persatuan India Panchor yang terletah di Pekan Panchor telah berfungsi di bawah pimpinan En.R.Suppiah dengan bilangan 14 orang murid. Pada tahun 1955 atas cadangan Pengerusi Lembaga Sekolah En. S.G.Taylor, En.Sahadevan telah berusaha untuk menggabungkan Sekolah Tamil Persatuan India Panchor dengan SJK Tamil Ladang Lanadron. En.R.Suppiah telah diterima sebagai staf tambahan SJK Tamil Ladang Lanadron .
Pada tahun 1958, bilangan murid sekolah telah meningkat sampai 127 orang murid.Pada tahun yang sama En.Mohd Kasim bin Muhammad telah dilantik untuk mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pada pertengahan tahun 1958 En.P.Raman dan En.R.Ragavan telah dilantik untuk mengajar Bahasa Tamil. Dengan perlatikan mereka maka bilangan guru telah meningkat sampai 6 orang guru. Pada tahun 1960, En.Mohd Kasim bin Muhammad telah bertukar ke sekolah lain dan tempat beliau telah diganti oleh Cik Aminah.
Bangunan asal telah dirobohkan pada tahun 1964. Pada tahun tersebut, En.Sahadevan telah berusaha untuk mendirikan bangunan baru dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Johor.
Bangunan baru telah didirikan dengan dua buah bilik darjah dengan kos RM 6000.00. Nama sekolah ditukar kepada SRJK (T) LADANG LANADRON, PANCHOR.
Pada tahun 1967, dua buah bilik darjah tambahan, sebuah pejabat dan sebuah setor telah didirikan .
Era En.M.Kannan
Pada tahun 1969 En. R. Suppiah PIS telah memegang jawatan guru besar sekolah ini. Pada tahun 1970, beliau telah diganti oleh En.D. Doraisamy. Pada tahun itu juga En.M.Kannan PIS telah mengambil alih tugas guru besar daripada En. D. Doraisamy. Beliau telah memegang jawatan tersebut sehingga 01.05.1991.
Pada tahun 1970 SJK Tamil Ladang Lanadron telah mengalami ancaman bencana alam banjir.
01.01.1973, tiga buah sekolah telah digabungkan dengan sekolah ini. Sekolah – sekolah yang telah dijadikan cawangan sekolah ini adalah seperti berikut:
·SRJK (T) LADANG PALANIAPPA, PAGOH,MUAR
·SRJK (T) LADANG PENGKALAN BUKIT, PANCHOR
·SRJK (T) LADANG CRAIGIELEA,BUKIT PASIR
Cawangan Palaniappa
SJK Tamil Ladang Palaniappa telah ditubuh pada tahun
1956 di Ladang Palaniappa, Pagoh di Jalan Sengkang . Tapah tanah tersebut
dimiliki oleh Kaum Chettiar. Tapah tanah Ladang tersebut telah dijual kepada
orang perseorangan termasuk tapah tanah sekolah dan kuil.Tapah tanah sekolah telah dijual kepada
En.Quek Ah Sim pada 23.11.1989.
Sejak
itu beliau bertindak melalui peguam supaya tapah tanah tersebut dikosongkan dan
diserah kepadanya. Pada januari 1991 Pihak MIC Bahagian Pagoh dan PIBG telah
mengenalpasti satu kawasan tanah seluas tiga ekar berhampiran dengan SM SARSI
Pagoh. Proses pengambilan tapah tanah tersebut telah mengambil masa yang
terlalu lambat. Proses tersebut telah mengambil masa sepuluh tahun dan selesai
pada 2001. Tapah tanah tersebut telah dibeli dan serah kepada pihak sekolah oleh Kerajaan Negeri Johor. Pembinaan sekolah di tapah tersebut bermula pada 01.03.2001 dan siap pada
06.12.2001.
Kos pembinaan telah dibiayai oleh
DatoSree S.Samyveloo , Presiden MIC Kebangsaan.
Kejayaan Pembinaan Sekolah Tamil Palaniappa adalah daya usaha MIC Bahagian, Negeri
dan Kebangsaan. MIC Bahagian Pagoh telah menyerah bangunan tersebut kepada
pihak sekolah pada 14.07.2003.
Pada 02.10.2003 muird-murid SJK Tamil Palaniapa
telah dipindahkan ke banguanan baru. Sejak itu SJK Tamil Palaniappa telah mulai
berfungsi di bangunan baru . Namun demikian status sekolah tersebut masih kekal
sebagai cawangan SJK Tamil Lanadron.
Cawangan Craigielea
SJK Tamil Ladang Craigielea yang merupakan salah satu cawangan SJK Tamil Lanadron terletak 26 km dari pekan Pagoh , 26km dari sekolah induk dan 36 km dari PPD Muar. Jarak jauh sekolah ini dari pintu masuk utama ladang ialah 8 km.
Pada tahun 1953 , pekerja India di kawasan ladang Craigielea telah mengadakan proses pnp di Pusat Penjagaan Kanak-Kanak di division batu 10 dan Ladang Kim Kee. Kedua-dua pusat ini tidak mempunyai apa jua kemudahan. Jumlah murid yang belajar di sekolah tersebut ialah 20 orang murid sahaja. Kesemua murid ini datang dari Ladang Craigielea yang mempunyai enam bahagian yang berasingan . Jarah dari satu division ke division lain adalah 10km. Oleh yang demikian murid-murid menghadapi kesukaran untuk meneruskan pelajaran mereka kerana masalah pengangkutan.
Dalam keadaan sedemikian pengurus ladang En.L.V.Strivens telah berusaha untuk menubuhkan sebuah bangunan sekolah di tapah tanah sekolah sekarang pada 02.11.1961.
Jumlah murid pada masa itu ialah 75 orang. Guru Besar ialah En.V.Subramaniam. A.S.Jayamoney dan Cik A.Theresa telah dilantik sebagai guru.
Sekolah ini aktif dalam Permainan Badminton dan Sepak Takraw.Sukan Tahunan merupakan aktiviti tahunan sekolah ini.Sekolah ini juga mempunyai perpustakaan pusat dan perpustakaan kelas.
Sekolah ini pada mulanya hanya mempunyai sebuah blok bangunan separa papan.
Pada tahun 1964 sekolah ini telah mendapat bantuan modal untuk mengubahsuai bangunan yang sedia ada. Jumlah murid telah meningkat hingga 120 orang. Pada tahun 2002 sebuah kantin telah dibina atas sumbangan ADUN Jorak.
Sekolah ini sekarang mempunyai 10 orang murid dan 4 orang guru.
Cawangan Pengkalan Bukit
SJK Tamil Ladang Pengkalan Bukit telah ditubuh pada 04.06.1952 oleh Pengerusi Lembaga Pengurus En.J.Jefferies. En.M.Kannan adalah guru besar. Enrolmen murid pada masa itu ialah 41 orang. Bilangan guru ialah dua orang termasuk guru besar En.S.Velu dilantik sebagai guru. Bola Sepak dan Badminton merupakan permainanpilihan sekolah ini pada masa itu. Sukan tahunan merupakan aktiviti tahunan. sekolah ini juga miliki sebuah perpustakaan induk.Sekolah ini telah beroperasi hingga tahun 2006. Mulai tahun 2007 sekolah ini tidak beroperasi kerana tiada murid.
Guru Besar sekolah-sekolah tersebut telah dilantik sebagai guru tanggungjawab sekolah-sekolah tersebut. En.Kuppusamy telah dilantik sebagai guru tanggungjawab cawangan Palaniappa. En. Mariappan telah dilantik sebagai guru tanggung jawab cawangan Craigielea. En. Stenis Dass telah dilantik sebagai guru tanggungjawab cawangan Pengkalan Bukit.
Pada tahun 1975, sebuah tandas telah dibina. Pada tahun 1978 bangunan sekolah telah dibesarkan dengan kos RM 5,000.00. Bekalan api juga telah diselenggarkan.
Pada tahun 1983 sebuah perpustakaan telah dibina dengan kos RM 7,000.00.
Pada tahun 1990 sebuah kantin telah dibina.